Bagaimana mahu memulakan perniagaan baju terpakai atau bundle secara online
Langkah pertama:
Anda perlu memilih jenis pakaian yang ingin dijual. Contohnya, jika anda ingin menjual pakaian terpakai kanak-kanak dan lelaki. Tumpukan kepada jenis pakaian tersebut.
Langkah kedua:
Dapatkan supplier bundle anda. Ambil dalam kuantiti yang diinginkan. Untuk test market, saya sarankan anda menggunakan pakaian lama anda sendiri.
Langkah ketiga:
Apabila stock sudah berada di tangan, asingkan pakaian-pakaian tersebut mengikut gred rendah tinggi. Asingkan pada 2 bakul yang berlainan. Proses ini adalah untuk memudahkan anda untuk mengkelas harga bagi pakaian-pakaian tersebut. Kategorikan bakul-bakul tersebut dalam ketegori rendah dan tinggi.
Langkah empat:
Untuk penyediaan bakul kategori rendah:
Jika baju tersebut bewarna putih/cerah, basuh baju tersebut kerana kadang-kadang kotoran itu hanyalah kotoran biasa yang boleh keluar sekiranya dicuci. Jika baju tersebut didapati berlubang kecil, gunakan kreativiti anda untuk menampal lubang tersebut. Anda boleh menampal iron on di atas baju tersebut atau boleh menjahit butang yang cantik di atas lubang tersebut. Proses ini dipanggil repair process. Untuk barang kategori gred rendah, banyakkan mengguna kreativiti anda. Begitu juga jika baju tersebut mempunyai kototran kecil. Anda boleh menampal iron on atau menjahit ribbon di atas kotoean tersebut. Selain daripada itu, anda juga boleh menukarkan baju tersebut kepada barang-barang lain seperti kraftangan, dompet, pembalut buku, beg tangan, cadar dan banyak lagi. BArang-barang ini boleh dijual dengan harga yang tinggi setelah diperbaiki.
Untuk kategori gred tinggi:
Anda boleh terus menjual baju-baju ini.
Langkah lima:
Sediakan mannequin ntuk kelihatan lebih cantik. Untuk permualaan perniagaan bundle atau baju terpakai online, saya sarankan agar anda menggunakan mannequin yang murah terlebih dahulu. Mannequin boleh didapati di kedai-kedai menjual rak-rak kedai pakaian, kedai hanger dan sebagainya. Ia boleh didapati dengan harga serendah RM5. Jika anda ingin membeli mannequin secara online, harga adalah RM25 termasuk postage.
Sebelum anda mengambil gambar baju tersebut bersama mannequin anda, saya nasihatkan anda supaya menghilangkan kedutan pada baju tersbut. Langkah ini sangat penting dalam perniagaan baju bundle online. Setelah mengenakan baju tersebut kepada mannequin, anda boleh menghias mengikut kreativiti anda sendiri atau pun berdasarkan fesyen-sedyen terkini seperti pemakaian tali pinggang dan sebagainya.
*Anda jugak boleh mengukur size baju tersebut iaitu bahu ke bahu, dan panjang baju untuk dimasukkan sekali di dalam blog.
Langkah Enam:
Wujudkan satu blog untuk perniagaan anda. Contohnya, blogspot atau tumblr.Anda juga boleh membuat jualan di facebook.
SELAMAT BERJAYA!