Tuesday, July 19, 2011

Jadikan beg daripada tank top anda...Cara menukarkan pakaian bundle kepada sesuatu yang baru

Posted by mixbundle at 3:05 PM



Cara-cara:
1) First of all, tanggalkan tag atau label pada tank top tersebut

2) Kemudian, terbalikkan tank top tersebut dari luar ke dalam dan dalam ke luar


3) Susunkan supaya tali berada di atas satu sama lain seperti dalam gambar


4) Lipatkan bahagian bawah tank top ke atas. Ia akan membentuk poket pada beg anda.


5) Jahitkan untuk membahagikan poket.


6) Jahit bahagian bawah supaya membentuk beg. Terbalikkan kembali beg anda dari dalam ke luar supaya poket berada di dalam.

dan siaaaappp!

Bundle around the world

Posted by mixbundle at 11:00 AM

Used clothes market in India


Langa Market


Romania


Japan

Pnhom Penh


Sunday, July 17, 2011

Stock Clearance

Posted by mixbundle at 12:35 PM
For limited time (until 24th July 2011), kami akan mengadakan Stock Clearance.

Mix clothes : 5kg------>RM70

FREE POSTAGE!!!

* Bergantung kepada jumlah stock yang kami ada. First come, first serve

Friday, July 15, 2011

Bundle Wholesale

Posted by mixbundle at 6:26 PM
Beli bundle secara kilo untuk dijual semula..
Jom kita cuba buat pengiraan...

5kg bundle ladies = RM85
5kg lebih kurang 40 helai
Tambah harga pos = RM15
Total modal= RM100
Harga sehelai baju = RM100/40 = RM 2.50

Harga jualan=???
Anda tentukan sendiri. Kalau jeans, boleh capai RM20. Kalau code, boleh capai harga RM40. Kemeja boleh capai harga RM20.. Terpulang kepada anda.

Cuba kira untuk 10kg pulak...

Boleh dijual di pasar malam, secara online, kepada sanak-saudara, tambah pulak musim perayaan..ramai saudara datang ke rumah. Anda tentukan..

Bagaimana pakaian terpakai atau bundle diproses?

Posted by mixbundle at 5:23 PM
Kalau di barat, mereka mempunya 1 container yang dikhaskan untuk mendermakan pakaian-pakaian yang sudah tidak mahu digunakan kepada kebajikan. Faktor negara 4 musim juga mungkin menjadi penyebab mengapa mereka sering bertukar kepada pakaian-pakaian baru dan terus membuang pakaian-pakaian lama. Selalunya, jika kita melihat kepada pakaian bundle, banyak yang masih elok dan sesetenganya masih mempunyai tag harga.


Kemudian, container ini ditimbang dan dibeli oleh syarikat pengkelasan. Syarikat ini membayar kepada pihak kebajikan dengan harga per kg. Dengan ini, pihak kebajikan tidak akan menggunakan pakaian itu kepada mereka sendiri malah mereka mendapat sejumlah wang untuk aktiviti kebajikan. Pakaian itu kemudian dibawa ke kilang untuk proses pemilihan. Contohnya, seluar akan diletakkan di dalam tong seluar dan baju akan diletakkan di dalam tong baju.
 

Proses pemilihan kedua berlaku apabila pakaian-pakaian ini dikelaskan mengikut brand.


Pakaian-pakaian ini kemudian di export kepada negara-negara lain untuk proses penjualan semula.

Thursday, July 14, 2011

Bagaimana mahu memulakan perniagaan bundle secara online?

Posted by mixbundle at 4:54 PM
Bagaimana mahu memulakan perniagaan baju terpakai atau bundle secara online         
                                          
Langkah pertama:
Anda perlu memilih jenis pakaian yang ingin dijual. Contohnya, jika anda ingin menjual pakaian terpakai kanak-kanak dan lelaki. Tumpukan kepada jenis pakaian tersebut.

Langkah kedua:
Dapatkan supplier bundle anda. Ambil dalam kuantiti yang diinginkan. Untuk test market, saya sarankan anda menggunakan pakaian lama anda sendiri.

Langkah ketiga:
Apabila stock sudah berada di tangan, asingkan pakaian-pakaian tersebut mengikut gred rendah  tinggi. Asingkan pada 2 bakul yang berlainan. Proses ini adalah untuk memudahkan anda untuk mengkelas harga bagi pakaian-pakaian tersebut. Kategorikan bakul-bakul tersebut dalam ketegori rendah dan tinggi.

Langkah empat:
Untuk penyediaan bakul kategori rendah:
Jika baju tersebut bewarna putih/cerah, basuh baju tersebut kerana kadang-kadang kotoran itu hanyalah kotoran biasa yang boleh keluar sekiranya dicuci. Jika baju tersebut didapati berlubang kecil, gunakan kreativiti anda untuk menampal lubang tersebut. Anda boleh menampal iron on di atas baju tersebut atau boleh menjahit butang yang cantik di atas lubang tersebut. Proses ini dipanggil repair process. Untuk barang kategori gred rendah, banyakkan mengguna kreativiti anda. Begitu juga jika baju tersebut mempunyai kototran kecil. Anda boleh menampal iron on atau menjahit ribbon di atas kotoean tersebut. Selain daripada itu, anda juga boleh menukarkan baju tersebut kepada barang-barang lain seperti kraftangan, dompet, pembalut buku, beg tangan, cadar dan banyak lagi. BArang-barang ini boleh dijual dengan harga yang tinggi setelah diperbaiki.
Untuk kategori gred tinggi:
Anda boleh terus menjual baju-baju ini.

Langkah lima:
Sediakan mannequin ntuk kelihatan lebih cantik. Untuk permualaan perniagaan bundle atau baju terpakai online, saya sarankan agar anda menggunakan mannequin yang murah terlebih dahulu. Mannequin boleh didapati di kedai-kedai menjual rak-rak kedai pakaian, kedai hanger dan sebagainya. Ia boleh didapati dengan harga serendah RM5. Jika anda ingin membeli mannequin secara online, harga adalah RM25 termasuk postage.

Sebelum anda mengambil gambar baju tersebut bersama mannequin anda, saya nasihatkan anda supaya menghilangkan kedutan pada baju tersbut. Langkah ini sangat penting dalam perniagaan baju bundle online. Setelah mengenakan baju tersebut kepada mannequin, anda boleh menghias mengikut kreativiti anda sendiri atau pun berdasarkan fesyen-sedyen terkini seperti pemakaian tali pinggang dan sebagainya.
*Anda jugak boleh mengukur size baju tersebut iaitu bahu ke bahu, dan panjang baju untuk dimasukkan sekali di dalam blog.

Langkah Enam:
Wujudkan satu blog untuk perniagaan anda. Contohnya, blogspot atau tumblr.Anda juga boleh membuat jualan di facebook.
SELAMAT BERJAYA!

Recycle penggunaan barangan bundle anda

Posted by mixbundle at 4:53 PM
Sebelum anda membuang baju-baju lama anda, apa kata kalau anda hasilkan sesuatu yang boleh dibuat hiasan..Contohnya, anda boleh buat pembalut buku jeans untuk notebook anda..

Anda hanga perlu memotong 1 jeans lama untuk dibalut. Kalau boleh, ambil bahagian yang berpoket supaya anda dapat menggunakan ruang poket tersebut untuk meletak pen dan sebagainya.Hanya perlu gamkan jeans tersebut kepada kulit notebook anda menggunkan gluegun. SIAAAPPPP!  Simple kan? Kalau anda ialah seorang yang kreatif, anda boleh membuat pelbagai lagi design kulit buku dan kemudian, anda boleh menjual barangan tersebut dengan harga yang tinggi. Yang penting,ianya CANTIK....=)

Sebagai contoh barangan kraft yang boleh dibuat menggunakan jeans dan lain-lain, anda boleh lawati blog http://terompahsurau.blogspot.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

1st Bundle Bale Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting