Friday, December 20, 2013

Kedai Bundle Online Professional- Sistem Shopping Cart

Posted by mixbundle at 9:31 AM
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni saya nak kongsi sikit tentang membuka perniagaan bundle online menggunakan opencart.

Sebelum ni, kita just akan bagi detail email, no phone atau perisian borang untuk pembeli membeli barangan kita. Bagaimana nak buat satu kedai yang nampak professional? Macam ni..






Tempahan pembeli juga akan menjadi mudah dan bersistematik jika kita memiliki kedai online seperti di atas. Tak perlu lagi pembeli menghantar sms kepada anda. Apa yang perlu dilakukan hanyalah tekan add to cart button dan teruskan dengan proses pembayaran..

Selain daripada itu, opencart juga boleh kategorikan baju bundle anda kepada beberapa kategori seperti gred A, gred B dan sebagainya. Ini akan memudahkan pembeli mencari jenis baju yang dikehendaki mengikut kategori.

Selain daripada opencart, anda juga boleh mencuba menggunakan zencart dan cubecart namun saya menyarankan anda supaya menggunakan sistem opencart kerana ia sangat mudah dikendalikan tanpa memerlukan kemahiran dan pengurusan web.

Anda boleh mengupah pereka laman web untuk membuat web shopping cart dengan harga RM500, atau anda boleh belajar membina web shopping cart dan melakukannya sendiri dan ada seberapa banyak kedai online yang anda mahu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

1st Bundle Bale Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting