Friday, February 25, 2011

Pengumuman Penting!

Posted by mixbundle at 4:06 PM
Saya ingin memohon maaf kepada rakan-rakan niaga bundle kerana handphone saya mengalami masalah dan no telephone rakan-rakan sekalian telah hilang dari simpanan saya. Tolong sms saya kembali dan nyatakan nama dan alamat anda. Thank you.

Tuesday, February 22, 2011

Hadiah 10000th visitor

Posted by mixbundle at 1:12 PM
Sorry for late update..hihi..saya baru balik dari jalan-jalan di samping menghadiri kenduri kahwin kawan saya. So, HAPPY WEDDING DAY MISS AZZA. Semoga berkekalan sampai bila-bila.

So, cakap pasal bundle ni, saya ada borak-borak dengan member lama. Dia member idea kepada saya untuk hadiahkan 5 helai baju wanita (jacked an sebaiganya) kepada 10000th visitor of my blog. Still a long way to go kan? so.. saya nak ikut idea yang diberikan.

Kepada 10 000th visitor of this blog (http://rakanniagabundle.blogspot.com) saya nak berikan 5 helai baju wanita kepada anda. Sila print screen dan hantar kepada mixbundle@gmail.com jika orang itu adalah anda..hihi…

Tuesday, February 15, 2011

LAST STOCK FOR THIS WEEK

Posted by mixbundle at 11:28 AM
Last stock untuk minggu ini hanya tinggal 20 helai mix kanak-kanak dan wanita. Saya nak habiskan stock minggu nie dengan harga RM55 untuk 20 helai. Harga termasuk postage. Thanks.

Friday, February 11, 2011

Mulakan Perniagaan Bundle Secara Online

Posted by mixbundle at 11:50 AM
Bagaimana mahu memulakan perniagaan baju terpakai atau bundle secara online         
                                          
Langkah pertama:
Anda perlu memilih jenis pakaian yang ingin dijual. Contohnya, jika anda ingin menjual pakaian terpakai kanak-kanak dan lelaki. Tumpukan kepada jenis pakaian tersebut.

Langkah kedua:
Dapatkan supplier bundle anda. Ambil dalam kuantiti yang diinginkan. Untuk test market, saya sarankan anda menggunakan pakaian lama anda sendiri.

Langkah ketiga:
Apabila stock sudah berada di tangan, asingkan pakaian-pakaian tersebut mengikut gred rendah  tinggi. Asingkan pada 2 bakul yang berlainan. Proses ini adalah untuk memudahkan anda untuk mengkelas harga bagi pakaian-pakaian tersebut. Kategorikan bakul-bakul tersebut dalam ketegori rendah dan tinggi.

Langkah empat:
Untuk penyediaan bakul kategori rendah:
Jika baju tersebut bewarna putih/cerah, basuh baju tersebut kerana kadang-kadang kotoran itu hanyalah kotoran biasa yang boleh keluar sekiranya dicuci. Jika baju tersebut didapati berlubang kecil, gunakan kreativiti anda untuk menampal lubang tersebut. Anda boleh menampal iron on di atas baju tersebut atau boleh menjahit butang yang cantik di atas lubang tersebut. Proses ini dipanggil repair process. Untuk barang kategori gred rendah, banyakkan mengguna kreativiti anda. Begitu juga jika baju tersebut mempunyai kototran kecil. Anda boleh menampal iron on atau menjahit ribbon di atas kotoean tersebut. Selain daripada itu, anda juga boleh menukarkan baju tersebut kepada barang-barang lain seperti kraftangan, dompet, pembalut buku, beg tangan, cadar dan banyak lagi. BArang-barang ini boleh dijual dengan harga yang tinggi setelah diperbaiki.
Untuk kategori gred tinggi:
Anda boleh terus menjual baju-baju ini.

Langkah lima:
Sediakan mannequin ntuk kelihatan lebih cantik. Untuk permualaan perniagaan bundle atau baju terpakai online, saya sarankan agar anda menggunakan mannequin yang murah terlebih dahulu. Mannequin boleh didapati di kedai-kedai menjual rak-rak kedai pakaian, kedai hanger dan sebagainya. Ia boleh didapati dengan harga serendah RM5. Jika anda ingin membeli mannequin secara online, harga adalah RM25 termasuk postage.

Sebelum anda mengambil gambar baju tersebut bersama mannequin anda, saya nasihatkan anda supaya menghilangkan kedutan pada baju tersbut. Langkah ini sangat penting dalam perniagaan baju bundle online. Setelah mengenakan baju tersebut kepada mannequin, anda boleh menghias mengikut kreativiti anda sendiri atau pun berdasarkan fesyen-sedyen terkini seperti pemakaian tali pinggang dan sebagainya.
*Anda jugak boleh mengukur size baju tersebut iaitu bahu ke bahu, dan panjang baju untuk dimasukkan sekali di dalam blog.

Langkah Enam:
Wujudkan satu blog untuk perniagaan anda. Contohnya, blogspot atau tumblr.Anda juga boleh membuat jualan di facebook.
SELAMAT BERJAYA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

1st Bundle Bale Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | web hosting